Kencing manis dan komplikasinya

Malaysia mempunyai kadar diabetes tertinggi di Asia
March 9, 2018

#Kencing manis dan komplikasinya

DIGITORIAL: ORANG sering berfikir bahawa kencing manis akan hanya menyerang orang gemuk dan tidak aktif, atau tidak sihat. Tetapi sesiapa sahaja boleh mendapat kencing manis, walaupun atlet bertaraf dunia, yang kaya atau terkenal.

Penyakit ini mempunyai dendam peribadi terhadap manusia dan penduduk dunia, dan serangan ini tidak henti-henti berlaku.

Menangani dan menguruskan kencing manis memang satu cabaran. Kita sebagai sebuah negara bangsa, tidak bersendirian menghadapi penyakit ini.

Satu dalam sepuluh daripada penduduk di dunia akan mempunyai kencing manis pada tahun 2035 menurut Persekutuan Kencing manis Antarabangsa (IDF).

Edisi terbaru IDF Kencing manis Atlas, menganggarkan bahawa orang yang mengidap kencing manis akan meningkat dari 382 juta ke 592 juta orang menjelang 2035.

Di Asia Tenggara, hampir separuh daripada semua pesakit tidak sedar yang mereka mengidap kencing manis, 98 juta di China, 65 juta di India dan Amerika Syarikat dengan 24 juta mempunyai nombor tertinggi orang dengan kencing manis.

Di rantau Pasifik Barat, termasuk negara-negara seperti Australia, China dan Jepun, mempunyai 138 juta pesakit kencing manis, jumlah tertinggi orang yang mempunyai penyakit di dunia.

#Ledakan Kencing Manis

Ledakan kencing manis di rantau ini disebabkan oleh kencing manis tahap 2, yang dikaitkan dengan gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat. Secara ringkasnya ia adalah penyakit pembangunan.

Kencing manis dan komplikasinya mempunyai kesan ekonomi yang besar ke atas individu, keluarga, sistem kesihatan dan negara, apatah lagi penderitaan, kesusahan, tekanan kepada ekonomi di rantau ini dan sistem kesihatan.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan diet yang sihat dan gaya hidup.

Beban kencing manis kepada individu dan masyarakat adalah berkaitan dengan peningkatan kecacatan dan kematian pramatang akibat komplikasi, seperti penyakit kardiovaskular.

Bukti menunjukkan bahawa orang yang mempunyai prakencing manis, di mana individu mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada biasa tetapi tidak memenuhi kriteria untuk kencing manis, juga mempunyai risiko untuk penyakit kardiovaskular.

Malangnya, kencing manis dan prakencing manis biasanya tidak dapat dikesan. Kajian telah menunjukkan bahawa kira-kira satu pertiga daripada pesakit mengidap kencing manis tahap 2 yang tidak dikesan, dan biasanya akan wujud komplikasi pada masa diagnosis.

Ini menunjukkan betapa pentingnya saringan bagi mengesan penyakit ini pada peringkat awal. Banyak aktiviti terutamanya mengubah gaya hidup boleh dilakukan untuk mencegah kencing manis.

#Tips untuk kanak-kanak

1. Bagi kanak-kanak yang mengidap kencing manis, terutama pada yang bergantung kepada insulin, makanan yang mereka makan boleh mempunyai implikasi kesihatan yang serius di kemudian hari. Dapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan yang boleh membantu dalam perancangan makan sihat.

2. Snek: Kebanyakan kanak-kanak memerlukan makanan ringan di antara waktu makan untuk membantu mengekalkan tahap tenaga mereka. Pilih makanan yang boleh dinikmati sehingga 3 kali sehari yang mengandungi kurang daripada 20 kalori & 5g karbohidrat, seperti satu cawan bertih jagung kosong, agar-agar bebas gula, 1 keping keju atau 1 cawan jambu/anggur hijau/epal hijau/pear.

3. Kanak-kanak gemar menikmati makanan yang sama berulang-ulang kali, dan anda perlu juga mengetahui kandungan lemak dan bukan sahaja kandungan karbohidrat. Guna spageti gandum, dan keju rendah lemak & buat bebola rendah lemak dari ayam belanda atau ayam dan bukannya daging lembu. Secara umumnya cuba untuk menggabungkan lebih bijirin penuh dan kurang lemak ke dalam makanan kanak-kanak kegemaran.

4. Protein tanpa lemak adalah penting termasuk daging lembu tanpa lemak, ayam tanpa kulit, keju rendah lemak. Pilih juga pelbagai jenis buah citrus oren, sayur-sayuran hijau dan roti gandum, beras perang atau beras Basmati.

5. Apabila makan di luar, pastikan makanan yang dipilih serupa dengan makanan yang dihidang di rumah. Belajar untuk membuat pilihan yang tepat dari menu seperti barangan bersup dan bukan digoreng, lebihkan sayur-sayuran dan kurangkan karbohidrat, air kosong lebih baik daripada minuman bergas.

Sumber:  Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/node/230929